GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK
Disediakan oleh Azmi Bin Ahmad
Pengenalan
Sarawak diperintah oleh Keluarga Brooke bermula dengan James Brooke (I940an) dan berakhir dengan pentadbiran Vyner Brooke (1941-1945). Sewaktu Perang Dunia Kedua, Sarawak dikuasai oleh Jepun dan setelah tamat pendudukan Jepun, Vyner Brooke membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Tindakan ini bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kemerdekaan Sarawak. Pada 1 Julai 1946, British telah mengisytiharkan Sarawak sebagai Tanah Jajahan Mahkota dan akibatnya timbul penentangan daripada penduduk Sarawak terutamanya orang Melayu dan Dayak,
Proses Penyerahan
1. Pada 1944, British mengadakan perbincangan dengan Vyner Brooke tentang Sarawak dan beliau telah bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British tanpa mengadakan sebarang perundingan dengan penduduk Sarawak.
2. Sebab-Sebab Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British:
a. Desakan British (kepentingan pelaburan)
Vyner Brooke enggan menyerahkan Sarawak kepada British tetapi didesak berbuat dengan alasan pelaburan British di Sarawak akan lebih selamat berbanding jika Sarawak diberikan taraf berkerajaan sendiri.
b. Masalah keluarga Brooke
Vyner Brooke telah lanjut usia dan tidak dapat mentadbir dengan cekap dan berkesan. Keuzuran tersebut mebuatkan beliau mengambil keputusan untuk bersara. Namun begitu beliau tidak mempunyai waris atau pengganti. Vyner Brooke enggan menyerah pentadbiran kepada anak saudaranya Anthony Brooke yang pada pendanganya kurang bekebolehan atau berwibawa sebagai pemerintah Sarawak.
c. Masalah kewangan
Sarawak telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat PDII termasuk kemusnahan sektor ekonomi. Pentadbiraif Brooke tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan semula Sarawak selepas tamat pendudukan Jepun.
3. Pada Januari 1946, Gerard MacBryan (Setiausaha Peribadi Vyner Brooke) dihantar ke Sarawak untuk mengadakan rundingan untuk mendapatkan persetujuan ketua-ketua kaum bumiputera Sarawak. MacBryan berjiaya mendapatkan persetujuan mereka dengan menggunakan tipu helah.
4. Vyner Brooke mengisytiharkan persetujuan Majlis Tertiinggi mengenai penyerahan Sarawak. Penduduk Sarawak membantah keputusan tersebut. Kesan bantahan tersebut, Pe'jabat Tanah Jajahan di London telah meminta Vyner Brooke agar mendapatkan persetujuan secara rundingan dan demokrasi. Tindakan ini diharap dapat mengurangkan bantahan dan penentangan penduduk Sarawak terhadap prows penyerahan.
5. Perkara ini telah dibawa kepada Majlis Negeri yang kemudian telah meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak dengan 1 S undi menyokong dan 16 undi menentang. Usul penyerahan disokong oleh ahli Majlis Negeri bukan bumiputera. Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota pada 1 Julai 1946 dengan Charles Arden Clarke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama. Penyerahan ini telah mengakibatkan berlakunya Gerakan Antipenyerahan yang menentang British dari Julai 1946 - 1949.
Faktor-Faktor Kebangkitan Gerakan Antipenyerahan Sarawak
1. Tindakan Vvner Brooke
Beliau membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British tanpa berunding dengan pemimpin tempatan dan ketua-ketua Bumiputera. Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Vyner Brooke yang mengenepikan mereka dalam rundingan penyerahan Sarawak dengan British. Tambahan pula tindakan Gerard MacBryan yang menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan persetujuan penyerahan Sarawak.
2. Perlembagaan 1941
Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British adalah bertentangan dengan Perlembagaan 1941. Perlembagaan tersebut telah menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak. Tindakan V yner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada British akan menyukarkan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan.
3. Memulihkan Pemerintahan Brooke
Barisan Pemuda Melayu berhasrat untuk memulihkan semula pentadbiran Brooke di Sarawak. Mereka mahukan Anthony Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak yang baru. Pemulihan semula pentadbiran Brooke akan tnernudahkan usaha mendapatkan kemerdekaan Sarawak selaras dengan Perlembagaa 1941. Anthony Brooke turut menyokong gerakan ini tambahan pula hak beliau untuk menjadi Raja Sarawak telah dinafikan akibat penyerahan Sarawak kepada British.
Proses Gerakan Antipenyerahan
1. Tokoh dan persatuan-persatuan yang hebat menentang penyerahan Sarawak kepada British termasuklah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (Ketua Datu-Data dan masyarakat Melayu), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak, Barisan Pernuda Melayu Sibu dan Barisart Pemuda Sarawak.
2. Gerakan Antipenyerahan dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan disokong oleh guru-guru dan kakitangan kerajaan. Gerakan ini turut disertai oleh beberapa pertubuhan politik. Kaum wanita turut seria dalam gerakan ini termasuklah Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman dan Lily Eberwein.
3. Tindakan awal kumpulan penentang ialah menghantar surat bantahan dan telegram kepada kerajaan British tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil. Tindakan ini tidak melemahkan semangat kumpulan penentang. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak British berundur dari Sarawak. Pada 1 Julai 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Persatuan Dayak Sarawak telah mengadakan tunjuk penasaan dan bertindak meraulaukan upacara pelantikan Gabenor Sarawak yang petama iaitu Charles Arden Clarke di Kuching,
4, British telah bertindak untuk menyekat kumpulan penentang ini dengan mengambil beberapa tindakan:
a. Pekeliling No. 9.
Surat pekeliling ini dikeluarkan pada Disember 1946 untuk memberi amaran kepada semua kakitangan kerajaan agar taat setia kepada kerajaan British dan tidak terlibat dalam Gerakan Antipenyerahan,
b. Kempen memburukkan imej kumpulan penentang.
British telah melancarkan kempen untuk memburuk-buruk imej dan nama kumpulan pejuang antipenyerahan. Kumpulan ini didakwa hanya mempertahan kepentingan dan hack istimewa orang Melayu Sarawak sahaja dan tidak menghiraukan kaum-kaum lain.
c. Melaga-laga orang Melayu dengan orang Dayak.
British telah melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak akan bertelagah dan bermusuh serta menentang sesama sendiri. Malah kerajaan British turut mempersenda, menghina dan mencemuh golongan penentang dalam majlis-majlis rasmi kerajaan,
5. Pekeliling No. 9 yang bersifat ugutan dan ancaman telah menyemarakkan perasaan benci kumpulan Gerakan Antipenyerahan. Sebagai tindak balas, 38 orang kakitangan awam telah meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun British tidak menghiraukan tindakan tersebut malah kemudian keadaan menjadi semakin reda malah ramai kakitangan kerajaan yang telah kembali memohon jawatan mereka.
6. Suasana tenang yang wujud telah memberi peluang kepada sekurnpulan kecil pejuang Melayu untuk bertindak secara kekerasan. Pada 20 Ogos 1948, Barisan Pemuda Sibu secara sulit telah menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas, Mereka kecewa kerana bantahan lembut tidak berjaya dan berjanji bertindak balas terhadap golongan yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British.
7. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Gabenor kedua Sarawak iaitu Duncan Stewart. Beliau telah ditikam oleh Rosli Dhobi sewaktu lawatan ke Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau meninggal dunia dua hari kemudian. Peristiwa ini membolehkan British bertindak terhadap kumpulan penentang, Rosli Dhobi dan tiga ahli kumpulannya iaitu Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntung dihukum gantung sampai mati. 15 ahli Rukan 13 telah dipenjal-akan, malah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah diharamkan walaupun mereka tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut
8. Tindakan British telah melemahkan Gerakan Antipenyerahan. Langkah-langkah susulan kumpulan ini turut mengalami kegagalan termasuklah gagal mendapatkan kerjasama Anthony Brooke. Akhirnya Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak bersetuju menamatkan penentangan.
Faktor-Faktor Kegagalan Gerakan Antipenyerahan Sarawak
1. Tidak menyeuruh
Gerakan Antipenyerahan tidak membabit keseluruhan Sarawak tetapi lebih kepada indakan kumpulan minoriti. Kegagalan untuk bertindak secara menyeluruh dangan mendapatkan sokongan padu rakyat Sarawak merupakan antara faktor kegagalan gerakan ini. Gerakan ini hanya mendapat sokongan sebilanaan kecil rakyat Sarawak di Kuching dan Sibu khususnya orang Melayu dan Orang Dayak.
2. Tiada Pemimpin Berwihawa
Pemimpin utama Gerakan Antipenyerahan ialah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Selepas kematiannya tiada lagi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin Gerakan Antipenyerahan. Tambahan pula pemimpin Persatuan Belia Melayu (YMA) iaitu Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha yang diianggap seorang pemimpin berwibawa telah menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa mengakibatkan kegagalan Gerakan ini meneruskan perjuangan mereka secara berkesan.
3. Organisasi Tidak Tersusun
Gerakan Antipenyerahan disertai oleh bebarapa persatuan politik tetapi persatuan-persatuan ini bertindak secara bersendirian. Persatuan-persatuan tersebut gagal bersatu dalam sebuah organisasi yang besar dan tersusun agar penentangan yang lebih berkesan dapat dilakukan. Akibatnya British dapat menenkang kebangkitan kumpulan penentang ini dengan mudah.
4. Tindakan British.
Tindakan-tindakan yang diambil oleh British untuk menghapuskan penentangan ternyata berjaya melemah dan seterusnya mengagalkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak. Tindakan-tindakan tersebut termasuklah mengeluarkan Pekeliling No. 9, menjalankan kempen memburuk-burukkan imej kumpulan penentang dan melaga-lagakan orang Melayu dangan orang Dayak. Selepas pembunuhan Duncan Stewart, British telah mengambil tindakan yang lebih tegas termasuklah menjatuhkan hukurnan gantung terhadap 4 orang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala 15 ahli Rukun 13 lelah dihukum penjara dan Persatuan Kabangsaan Melayu Sarawak telah diharamkan.
Kesimpulan
Kegagalan Gerakan Antipenyerahan disebabkan tiadanya kerjasama yang kukuh dikalangan kumpulan penentang. Gerakan ini hanyalah bersifat minoriti dan bergerak aktif di Kuching dan Sibu serta membabitkan hanya orang Melayu dan Dayak. Walaupun Gerakan Antipenyerahan mengalami kegagalan tetapi merupakan manifestasi penduduk tempatan yang mempunyai kesedaran tinggi untuk menentang penjajah.
Rujukan:
1. Ong Loo CheA 2005- Sejarah STPM 94012. K.Lumpur. Pelangi. ms: 173-175
2. R.amlah Adam dil.,2004. Sejarah 13. K.Lumpur. DBP.ms:174-184
3. Mustapha KS, 2002, Sejarah Malaysia. Shah Al am. Federal. ms154-155
4. Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan STPM 2004 Negeri Kelantan