Ahad, 29 Mei 2011

CUTI-CUTI BELAJAR TG 6AK1/3/4

SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
SEJARAH 940/2


Jawab empat soalan sahaja iaitu satu soalan daripada Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A
1. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang gagasan Malayan Union 1946.

2. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.

3. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan.

Bahagian B
4. Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan Barat di kedua-dua negara.

5. Huraikan sistem pembesar di China dan Jepun sebelum kedatangan pihak Barat.

6. Bincangkan adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.

7. Huraikan sistem feudal yang diamalkan di Vietnam dan Thailand sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

8. Jelaskan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19.

9. Bincangkan sistem ekonomi tradisional di Jepun dan Myanmar sebelum kedatangan kuasa Barat.

10. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad
ke-19.

11. Huraikan faktor-faktor campur tangan Barat di Asia pada abad ke-19.

12. Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Perang Inggeris–Burma 1(1824) dan Perang Inggeris–China (1839-1842).

TUGASAN:

Tuliskan pendahuluan dan kesimpulan bagi soalan-soalan di atas kecuali soalan-soalan yang telah dijawab dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu].