Panduan Melaksanakan Kerja Kursus 2012
Arahan Kepada Calon:
1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.
2. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian.
3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen
4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah.
5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.
6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.
7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
8. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.
9.
Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan
komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New
Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0.
10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.
11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
12. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.
13. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.
ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI
E 1.0 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih [ sekurang-kurangnya 4 sumber ]
E 2.0 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.
E 3.0 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif
Penghargaan (contoh)
Saya
amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin
mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua
ibu bapa iaitu En. Abdullah b. Ali dan Pn. Rahmah bt. Selamat yang
banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat,
kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada En. Azmi Bin Ahmad, iaitu guru mata pelajaran
Sejarah kelas saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
dalam menjayakan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Pengurus Besar Syarikat Kicap Tiga Ayam iaitu En.
Ahmad Yazit Dato' Muhammad Nor kerana membantu saya dalam kajian ini
termasuk membekalkan pelbagai makmumat dan dokumen yang diperluan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para rakan sekelas iaitu
Fadhlin Sofiyya dan Noor Aisyah yang turut membantu berkongsi pelbagai
bahan dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.
Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada
petugas-petugas Pusat Sumber SMK Sultan Yussuf dan kakitangan
Perpustakaan Awam Batu Gajah yang turut membantu saya mencari bahan bagi
melaksanakan kajian ini. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan
oleh semua pihak amatlah dihargai.
Objektif kajian (Contoh)
Objektif
kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk memenuhi syarat
peperiksaan PMR yang mana setiap calon perlu menyiapkan tugasan kerja
kursus sejarah yang berkaitan dengan produk tempatan.
Dari segi isi kandungan, kajian ini membolehkan saya mengenalpasti
sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat
kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Seterusnya akan dapat
mengetahui secara mendalam tentang produk tempatan yang dikaji iaitu
Kicap Tiga Ayam [ makanan ]dari segi maklumat asas produk tempatan,
latar belakang, kaedah/cara penghasilan dan perkembangan produk.
Objektif selanjutnya adalah dari aspek iktibar iaitu untuk
menghargai usaha-usaha penghasilan produk keluaran tempatan masyarakat
di Malaysi.
Dari aspek tajuk
pula, kajian ini dapat membantu saya mengkaji untuk memahami dan
mendalami tentang pengeluaran Kcap Tiga Ayam di Batu Gajah. Kajian ini
membolehkan saya mendalami pengetahuan tentang maklumat asas pengluaran
kicap, latar belakang, kaedah/cara penghasilan dan perkembangan
produk.
Kaedah kajian ( Contoh )
Saya
telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan
tajuk kajian. Antara laman web dan blog yang saya layari termasuklah
Wikipedia dan laman sesawang yang berkaitan yang kajian saya. Maklumat
tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.
Saya
juga membuat penyelidikan perpustakaan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh,
Perpustakaan Awam Batu Gajah , Pusat Sumber dan Galeri SMK Sultan
Yussuf. Di sini saya telah merujuk pelbagai buku, majalah dan akhar
tentang pengeluaran kicap. Maklumat yang berkaitan difotostat dan salin
dalam buku catatan.
Selain
dari itu saya telah menemuramah kedua-dua ibu bapa saya iaitu Pn Anita
Binti Hussin dan En Azmi Bin Ahmad, dan En Ahmad Yazit Bin Dato'
Muhammad Nor untuk mendapatkan maklumat mengenai pengeluaran Kicap Tiga
Ayam. Ibu bapa saya menjelaskan tentang persiapan dan perbelanjaan untuk
menyambut perayaan tersebut.
Selain
dari itu saya telah melakukan analisis dokumen yang telah saya
kumpulkan sepanjang membuat penyelidikan perpustakaan. Antara dokumen
yang telah saya analisis termasuklah pelbagai buku rujukan, kerata
akhbar dan majalah, bahan-bahan yang dimuat turun daripada internet,
pelbagai gambar dan lain-lain.
HASIL KAJIAN
1.Maklumat Asas Produk Tempatan: Nama produk, Kategori (nyatakan mengikut tugasan soalan)
Nama pengusaha/syarikat/status hak milik / Lokasi
2.
Latar belakang: - a. Sejarah kewujudan b. Punca dan jumlah modal
(persendirian/perkongsian/bantuan/pinjaman c.Pendaftaran
perniagaan/lesen perniagaan atau jika tanpa lesen sila nyatakan sebab
d. Tujuan / kepentingan produk e. Keistimewaan/kelebihan/keunikan
(Pilih mana-mana empat aspek)
3.
Kaedah/Cara Penghasilan: - a. Tenaga kerja b.Senarai bahan c.Senarai
peralatan d.Proses/peringkat penghasilan d. Spesifikasi produk
(timbangan/sukatan/ukuran) e.Langkah-langkah kawalan mutu
(Pilih mana-mana empat aspek)
4.
Perkembangan Produk:- a. Rangkaian pemasaran b. Pengiktirafan/sambutan
daripada pengguna / penghargaan c. Kemajuan yang dicapai (kapasiti
pengeluaran / kakitangan / teknologi / keuntungan yang diperoleh d.
Lambang / identiti setempat e. Cabaran dan masalah yang dihadapi f.
Potensi produk
g. Perancangan masa hadapan (Pilih mana-mana empat aspek)
Rumusan (contoh)
Sebagai
rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya
sebagai pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk
tempatan khususnya Kicap Tiga Ayam. Kita perlu berbangga
dengan usaha-usaha penduduk tempatan dalam mengeluarkan sesuatu produk
yang mana sudah pasti mampu menjana ekonomi setempat serta menyediakan
peluang pekerjaan kepada orang tempatan.
Kajian ini turut memberi iktibar kepada saya bahawa jika ingin berjaya, kita hendaklah berusaha dan memiliki ketekunan serta semangat juang yang tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Kejayaan SMN Foods Sdn Bhd juga turut didorong oleh faktor yang sama dan membolehkan syarikat tersebut terus bertahan.
Dari aspek bangsa dan negara pula, sumbangan SMN Foods Sdn Bhd dalam pengeluaran produk makanan telah menaikkan nama Batu Gajah yang kini terkenal dengan pengeluaran kicap dan sos yang bukan sahaja dipasarkan di Batu Gajah tetapi juga di seluruh negara malah turut dipasarkan ke luar negara,
Sambung ler.....