Isnin, 30 Ogos 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010:

SMK SULTAN YUSSUF,31000 BATU GAJAH, PERAK.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010:
SEJARAH 940/2(SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR: 1800-1963)


Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja

1. Bincangkan peranan raja di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada 1874.

2. Gerakan penentangan terhadap campur tangan British di Pahang dan Perak pada abad ke-19 menggambarkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan di negeri-negeri berkenaan. Bincangkan.

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

4. Bincangkan perluasan kuasa Barat di Sabah dari tahun 1865 hingga 1888 dan di Sarawak dari tahun 1840 hingga 1910.

5. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963.

6. Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963.


Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja

7. Huraikan sistem pemerintahan beraja di Myanmar dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa Barat.

8. Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di China dan India pada abad ke-19.

9. Huraikan kesan-kesan Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Kanagawa 1854 ke atas politik, ekonomi dan sosial di Thailand dan Jepun.

10. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

11. Jelaskan sebab-sebab yang membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa pada 1868 dan Dinasti Manchu pada 1911.

12. Bincangkan sistem pemerintahan di Vietnam dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua.