Ahad, 22 April 2012

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Panduan Melaksanakan Kerja Kursus 2012
Arahan Kepada Calon:
1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.
2. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian.
3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen
4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah.
5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.
6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.
7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
8. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.
9. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0.
10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.
11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
12. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.
13. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.

ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI
E 1.0 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih [ sekurang-kurangnya 4 sumber ]
 E 2.0 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.
 E 3.0 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif

Penghargaan (contoh) 
Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Abdullah b. Ali dan Pn. Rahmah bt. Selamat yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.
     Tidak lupa juga kepada En. Azmi Bin Ahmad, iaitu guru mata pelajaran Sejarah kelas saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar Syarikat Kicap Tiga Ayam iaitu En. Ahmad Yazit Dato' Muhammad Nor kerana membantu saya dalam kajian ini termasuk membekalkan pelbagai makmumat dan dokumen yang diperluan.
     Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para rakan sekelas iaitu Fadhlin Sofiyya dan Noor Aisyah yang turut membantu berkongsi pelbagai bahan dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.
     Tidak ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih diberikan kepada petugas-petugas Pusat Sumber SMK Sultan Yussuf dan kakitangan Perpustakaan Awam Batu Gajah yang turut membantu saya mencari bahan bagi melaksanakan kajian ini. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.

Objektif kajian (Contoh)
Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk memenuhi syarat peperiksaan PMR yang mana setiap calon perlu menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah yang berkaitan dengan produk tempatan.
    Dari segi isi kandungan, kajian ini membolehkan saya mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Seterusnya akan dapat mengetahui secara mendalam tentang produk tempatan  yang dikaji iaitu Kicap Tiga Ayam [ makanan ]dari segi maklumat asas produk tempatan,  latar belakang, kaedah/cara penghasilan dan perkembangan produk.
    Objektif selanjutnya adalah dari aspek iktibar iaitu untuk  menghargai usaha-usaha penghasilan produk keluaran tempatan masyarakat di Malaysi.
    Dari aspek tajuk pula, kajian ini dapat membantu saya mengkaji untuk memahami dan mendalami tentang pengeluaran Kcap Tiga Ayam di Batu Gajah. Kajian ini  membolehkan saya mendalami pengetahuan tentang maklumat asas pengluaran kicap,  latar belakang, kaedah/cara penghasilan dan perkembangan produk. 

Kaedah kajian ( Contoh )
Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web dan blog yang saya layari termasuklah Wikipedia dan laman sesawang yang berkaitan yang kajian saya. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.
     Saya juga membuat penyelidikan perpustakaan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh, Perpustakaan Awam Batu Gajah , Pusat Sumber dan Galeri SMK Sultan Yussuf. Di sini saya telah merujuk pelbagai buku, majalah dan akhar tentang pengeluaran kicap. Maklumat yang berkaitan difotostat dan salin dalam buku catatan.
     Selain dari itu saya telah menemuramah kedua-dua ibu bapa saya iaitu Pn Anita Binti Hussin dan En Azmi Bin Ahmad, dan En Ahmad Yazit Bin Dato' Muhammad Nor untuk mendapatkan maklumat mengenai pengeluaran Kicap Tiga Ayam. Ibu bapa saya menjelaskan tentang persiapan dan perbelanjaan untuk menyambut perayaan tersebut.
     Selain dari itu saya telah melakukan analisis dokumen yang telah saya kumpulkan sepanjang membuat penyelidikan perpustakaan. Antara dokumen yang telah saya analisis termasuklah pelbagai buku rujukan, kerata akhbar dan majalah, bahan-bahan yang dimuat turun daripada internet, pelbagai gambar dan lain-lain.

HASIL KAJIAN
1.Maklumat Asas Produk Tempatan: Nama produk, Kategori (nyatakan mengikut tugasan soalan)
Nama pengusaha/syarikat/status hak milik / Lokasi
2. Latar belakang: - a. Sejarah kewujudan  b. Punca dan jumlah modal (persendirian/perkongsian/bantuan/pinjaman c.Pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan atau jika tanpa lesen sila nyatakan sebab  d. Tujuan / kepentingan produk  e. Keistimewaan/kelebihan/keunikan (Pilih mana-mana empat aspek)
3. Kaedah/Cara Penghasilan: - a. Tenaga kerja b.Senarai bahan c.Senarai peralatan d.Proses/peringkat penghasilan d. Spesifikasi produk (timbangan/sukatan/ukuran) e.Langkah-langkah kawalan mutu
(Pilih mana-mana empat aspek)
4. Perkembangan Produk:-  a. Rangkaian pemasaran b. Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna / penghargaan c. Kemajuan yang dicapai (kapasiti pengeluaran / kakitangan  / teknologi / keuntungan yang diperoleh d. Lambang / identiti setempat e. Cabaran dan masalah yang dihadapi f. Potensi produk
g. Perancangan masa hadapan (Pilih mana-mana empat aspek)

Rumusan (contoh)
Sebagai rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya sebagai pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang produk tempatan khususnya Kicap Tiga Ayam. Kita perlu berbangga dengan usaha-usaha penduduk tempatan dalam mengeluarkan sesuatu produk yang mana sudah pasti mampu menjana  ekonomi setempat serta menyediakan peluang pekerjaan kepada orang tempatan.

Kajian ini turut memberi iktibar kepada saya bahawa jika ingin berjaya, kita hendaklah berusaha dan memiliki ketekunan  serta semangat juang yang tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.  Kejayaan SMN Foods Sdn Bhd juga turut didorong oleh faktor yang sama dan membolehkan syarikat tersebut terus bertahan.

Dari aspek bangsa dan negara pula, sumbangan SMN Foods Sdn Bhd dalam pengeluaran produk makanan telah menaikkan nama Batu Gajah yang kini terkenal dengan pengeluaran kicap dan sos yang bukan sahaja dipasarkan di Batu Gajah tetapi juga di seluruh negara malah turut dipasarkan ke luar negara,
Sambung ler.....