Blog ini memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan sejarah yang merangkumi pendapat saya mahupun artikel-artikel sejarah yang saya baca ( kumpul/simpan ) dan dihantar ke blog 'lepaksejarah' untuk dikongsi bersama terutamanya dengan mereka yang suka tentang sejarah. Saya juga menggunakan blog ini untuk memaparkan bahan-bahan mata pelajaran sejarah stpm (940),Sejarah PMR serta aktiviti-aktiviti Persatuan Sejarah untuk tatapan / kegunaan para pelajar saya.
Selasa, 20 April 2010
Kerajaan Melayu Melaka Diasaskan Tahun 1278
MELAKA, 17 April (Bernama) -- Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tahun 1278 itu dipilih berdasarkan kepada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskah itu, yang menjadi asas rujukan dan sumber oleh kumpulan penyelidik berkenaan.
"Jawatankuasa Penyelidik bersetuju Melaka bermula sebagai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu pada tahun 1278," katanya.
Bercakap kepada pemberita di sini, Mohd Ali berkata hasil penyelidikan itu dibentangkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Ayer Keroh di sini, semalam.
Jawatankuasa penyelidik dengan 15 anggota itu dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Jawatankuasa itu diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenalpasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lepas.
Mohd Ali berkata kumpulan penyelidik berkenaan menolak tahun 1400 sebagai tahun kerajaan Melayu Melaka diasaskan kerana ia hanya berdasarkan kepada kesepakatan sarjana barat, bukan berdasarkan kepada fakta sejarah.
"Suma Oriental (dunia Timur) yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap, bukan dokumen bertulis, dan menyatakan bahawa Melaka bermula sebagai satu entiti politik pada 1400," katanya.
Diketahui umum, Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara antara tahun 1400 dan 1403.
Berikutan penemuan baru itu, Mohd Ali berkata satu seminar akan diadakan pada tahun ini bagi membincangkan lebih lanjut perkara berkenaan.
Sementara itu, Dr Abdullah Zakaria berkata mereka menjalankan penyelidikan dan kerja lapangan di negara ini dan Indonesia.
Beliau berkata tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka adalah berasaskan tempoh pemerintahan Raja-raja Melaka seperti yang dikisahkan dalam Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu.
Katanya mereka juga mempunyai bukti lain yang dapat mengesahkan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278.
BERNAMA
Isnin, 19 April 2010
KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2010 - LAMPIRAN
Bahan-bahan yang boleh disertakan sebagai lampiran termasuklah:
a. Gambar
b. Kad ucapan perayaan
c. Sampul duit raya
d. Resipi makanan utama sewaktu hari raya ( dengan gambar )
e. Teks ucapan Perdana Menteri sempena mana-mana hari raya
f. Teks khutbah Hari Raya
g. Resit zakat fitrah
h. Lain-lain yang sesuai
Jumaat, 9 April 2010
KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012
Nama pengusaha/syarikat/status hak milik / Lokasi
(Pilih mana-mana empat aspek)
g. Perancangan masa hadapan (Pilih mana-mana empat aspek)