Jumaat, 15 Mei 2009

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

Tindakan-tindakan beliau:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat memakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali
leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama
di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan
urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara Turki.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, dan sesetengah masjid
dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris dan faraid secara Islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab
kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana
tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal
Attartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan
yang diberikan oleh askar itu.



Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan:

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

Menghidapi penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Berasa panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga
Terpaksa diarahkan kepada pihak bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan
ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, waaupun pelbagai tindakan diambil, rasa panas tetap tidak
hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau
menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritannya. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas
itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama
15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar
beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang
menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima
Kamal Attartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat."
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang
lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah
dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahua'lam

Wassalam... Assalaamualaikum...